Abdur Rahman bin Auf (rad) seorang sahabat yang masyhur."Semasa peperangan Badar saya berdiri di barisan pejuang2.saya lihat kiri kanan saya terdapat dua orang budak Ansar.Alangkah baiknya jika kiri kanan saya ialah orang askar berbadan besar sasa.Apa budak dua orang ini boleh bantu?"
TIba-tiba salah seorang daripada mereka tanya"Pak Cik,Pak Cik kenal Abu Jahal?"Abdur Rahman bin Auf (rad) jawab"ya saya kenal dia.Apa kamu mahu?"Budak itu menjawab"saya dengar dia pernah mencaci Rasulullah.Demi Zat yang nyawaku dalam genggamanNya,saya tidak akan tidak akan tinggalkan peperangan ini selagi dia belum mati atau saya yang mati!"
Abdur Rahman (rad) begitu kagum dengan jawapan itu.Budak yang seorang lagi juga bertanyakan soalan yang sama seperti budak yang pertama tadi.Tiba-tiba Abdur Rahman (rad) ternampak Abu Jahal sedang berlari-lari di medan perang."Itulah Abu Jahal yang kamu tanyakan tadi"kata Abdur Rahman bin Auf (rad).
Dua budak itu terus mengejar Abu Jahal sambil menyerangnya dengan pedang terhunus.Akhirnya Abu Jahal dapat dijatuhkan.
Kedua-dua budak itu bernama Mu'az bin 'Amr bin Jamuh (rad) dan Mu'az bin Afra' (rad).Mu'az bin Afra' (rad) berkata"Saya dgr orang berkata dia dikawal dengan rapi sehingga tiada siapa dapat membunuhnya.Dari saat itu saya terfikir hendak membunuhnya."
Budak2 itu berjalan kaki semasa berperang tetapi Abu Jahal gunakan kuda semasa di medan perang Semasa peperangan ,budak-budak itu mengejar Abu Jahal yg sedang perbetulkan barisan tenteranya. Oleh keran dia menunggang kuda,susah untuk budak dua orang itu menyerangnya. Mereka telah menyerang kaki kuda itu sehingga jatuh rebah di tanah.Abu Jahal juga turut jatuh. Mereka telang menyerang Abu Jahal sehingga sakit tidak terhingga dan tidak dapat bangun lagi. Selepas itu mereka meninggalkannya.Mu'awwiz bin Afra' (rad) saudara kepada 'Amr bin Afra' (rad) telah menyerang Abu Jahal dan menambahkan sakit kepadanya sehingga tidak dapat bangun lagi agar dia tidak melarikan diri.Namun dia tidak terus membunuhnya.Selepas itu barulah 'Abdullah bin Mas'ud (rad) penggalkan kepalanya.
Mu'az bin Afra' telah berkata"Sewaktu saya menyerang kaki Abu Jahal,anknya Ikramah bin Abu Jahal ada bersamanya.Dia menyerang bahu saya sehingga tangan saya terpotong tetapi tertinggal sedikit kulit menyebabkan ia tergantung-gantung.Saya telah meletakkan tangan saya yang terpotong itu dibelakang saya dan saya hanya berperang dengan tangan sebelah sahaja. Apabila keadaan tangan saya tergantung-gantung itu menyusah kan saya semasa berperang,saya telah meletakkan tangan saya itu dibawah kaki saya dan saya merentap dengan kuat. Tangan saya itupun terpisah dari tubuh badan saya dan saya buang tangan saya itu"
Friday, May 29, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)





No comments:
Post a Comment