Pada petang itu, Akram sedang khsyu’ dengan permainan videonya . Dia telah Berjaya menewaskan banyak musuh dan mendapat level yang tinggi. Tiba-tiba ibunya datang menghampiri Akram.
“Akram, sudah masuk waktu Asarlah. Pi solat kat masjid. Tak dengar ke azan tu?” ,kata ibu Akram.
“Jap mak, nanti Akram solatlah… game tengah best nih,” kata Akram.
5 minit, masih main.
10 minit, masih main.
20 minit, masih main.
“Akram, pergi solat! Dah lambat 20 minit dah!!”
“Nantilah! Nak habiskan ni jer!!”
Ibunya terkejut lihat anaknya jawab sedemikian rupa. Dia beralih dari pintu bilik anaknya menuju ke dapur.
60 minit kemudian, Akram bangun dari tempat duduknya untuk pergi ke bilik air. Tiba-tiba dia tersadung pada satu batang kat lantai dan terjatuh.
OOPS!!
Kepala dia terhentak pada bucu meja. Darah banyak mengalir dari kepalanya. Maknya datang terjerit-jerit. Akram telah pun meninggal dunia..
***
Mati bila2 sahaja. Tiada siapa tau bila dia akan mati, bila ajal akan bertemu dengannya. Budak tadi mati dalam keadaan tidak tunaikan lagi solat asar, lewatkan solat dan derhaka kat maknya. Cuba kita tengok balik diri kita, kita sering kali lewatkan solat kita padahal kita tak tahu bila ajal datang. Budak tadi sangka dia masih sempat tunaikan solat Asar tapi dia mati sebelum sempat nak ambik wuduk!
Cuba kita tengok, ada datuk umur 100 tahun dan masih hidup tapi ada pul budak 16 tahun dah meninggal dunia. Mati tidak tentu. Mati tak kira umur. Segalanya ketentuan Allah. Sementara kita masih hidup, marilah sama2 kita bertaubat sebelum kita bertemu dengan ajal kita.
Sabda Rasulullah S.A.W:
“Bahawasanya tidak berlalu satu hari ke atas kubur melainkan kubur berkata (kepada manusia): Akulah rumah pengasingan, akulah rumah persendirian, akulah rumah tanah, akulah rumah yang penuh dengan ulat. Dan apabila dikuburkan orang yang bermaksiat dan orang yang kafir maka kubur berkata kepadanya: Tidak ada ucapan selamat datang bagimu, sesungguhnya engkau adalah orang yang paling kubenci yang berjalan di atasku. Pada hari ini segala urusanmu telah diserahkan kepadaku maka engkau akan lihat betapa aku akan membalas perbuatanmu. Lalu kubur itu menghimpitnya sehingga berselisih tulang-tulang rusuknya.” (Hadis Riwayat al-Tirmizi)




